Saturday, August 28, 2010

Mandi Junub

Disini nekwan kongsikan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengan hukum -hukum mandi wajib, yang nekwan rasa semua anak cucu nekwan PERLU tau, kerana ianya adalah perentah Allah yang tidak boleh dipandang rengan.

Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM. Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. “Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur . Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.

Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”. Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh. Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang.

Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut. Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham.

Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam. Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh. Panduan Tambahan 1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a. 2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a. 3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ). 4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari.
Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. 3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. 4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. 5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur. 6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur. 7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM. 8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. 9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar. 10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur. 11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur. 12.Salam Memelihara kita di dalam kubur. 13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Tuesday, August 24, 2010

Ni laa rendang basah...


Rendang daging nekwan, resepinyee ade nekwan post bulan July ari tu! tajuk resepi rendang, kalau nak cuba! gi cari kat sana! masa nekwan post resepi tu .. gamba lum ade lagiiii...
Ni rendang basah... ntuk makan buka posa... kalau ntuk raya tuh! kena kering lagik, warna jadi hitam siket dan berderai.. rendang tu leh lama... berminggu...

Monday, August 23, 2010

kepala ikan masak asam tumis


Nak cuba buat? senang jeeerr.. kisar cili kering , bawang putih, bawang merah, halia dan blacan, siiiket je! panaskan minyak secukupnye, tumiskan halba dan jintan manis, pas tu masukkan cili kisar tadi, pas tu masukkan setangkai daun kari puley, asam keping atau air asam jawa, biakan mendidih, pas tu masukkan bende dan pale ikan, buh garam, arrr... dah jadi! masak ntuk saho.
Sume orang leh buat nih! senang dan simple!

Wednesday, August 18, 2010

Imam Mahdi

Salam,

Semenjak mula puasa ari tu! Nekwan ni sibuk gak laaa… siap ngan demam agik! Maklum laa… cauca kering, tubuh tak cukup air… pasal tu laa demam! Pas tu.. bila bebuka lanyak air batu sampai 1 jug, mane tak demam! Rasulullah dah pesan, jangan makan ikut nafsu, behenti sebelum kenyang, makan semasa lapa. Nekwan kenyang air jee. He he he heeee…

Sempena bulan puasa ni sume orang suka cakap pasal puasa Ramadhan dan menda-menda yang bekaitan ngan puasa kan? Nekwan nak cakap pasal kerusakkan…. yang berlaku dan menandakan usia dunia dah hampe sampai kepenghujung nyeee… arrr… nak kiamat laa tuuu… sebab nekwan pilih topik ni! Ntuk mengingatkan anak cucu nekwan yang remaja remaji tu, supaya dapat pengetahuan dengan ape yang berlaku pada dunia ari nih!

Masa Imam Mahdi nak datang nanti, ade api besar muncul dari arah Masyriq, tempat terbitnyee matahari, api tu menerangi seluruh ufuk selama tiga malam, pada masa tu anti lengkaplah jumlah orang-orang yang mengaku dirinye Nabi, seramai 60 orang, masa tu laa jugak tenggelamnyee kampung-kampung di negeri Sham, arr.. skang ni di pangge… Syria kot? pas tu datang pulak angin hitam yang buatkan banyak orang mati. Sungai Furat di Iraq akan melimpah banjee yang menyebabkan kota Kufah tennggelam. Masa tu! Tedengar suara dari langit! sume manusia di atas muka bumi ni dapat denga suara tu dan yang peliknyee sume orang paham.

Orang yang tak tahu bahasa tu pun paham! Tak kira laa! Cina, India, Owangputih dan ape bangsa sekali pun paham bahasa Arab tu!, deorang denga cam dalam bahasa deorang, suara tu tedenga waktu tengahmalam dalam bulan Ramdhan, sume orang yang tengah tido pun tebangun dan teperanjat.

Banyak pembunuhan dan peperangan belaku hingga darah mengalir diatas jalan-jalan raya, orang semakin berani buat jahat tak kira tempat dan waktu. Pada masa tu anti yang diangkat jadi pemimpin pun tediri dari orang jahat, pemimpinnye jahat orang yang dipimpin pun jahat, sama-sama jahat.

Dalam Hadis ade kata, pada masa tu ramai manusia beriman pada waktu petang dan menjadi kafir pada esok harinye, eiii!! Na’uzubillah! Mintak di simpangkan… jangan tejadi pada nekwan dan seluruh keturunan anak cucu nekwan! Anak cucu nekwan diluar sana, kena isi dada ngan ilmu agama dan jangan lupa pada Allah di setiap ketika, semoga kita semua di lindungi dan dipeliharakan Allah dari perkara-perkara gini.

Namun demikian ramai ulama yang mengErtikan hadis tu Kafir Nikmat, maksudnyee… bukan dea Islam pada petangnye dan esok dea jadi Nasrani atau Yahudi. Mengikut kata Ulama, maksud hadis tu.. menunjukkan banyaknyee orang kafir nikmat. Arrr… kafir nikmat ni, orang-orang- orang yang tak besyukur dengan apa-apa nikmat yang diberi Allah dan mengunakannye kejalan yang tak diredhai Allah.

Menjelang turunnye Imam Mahdi dikatakan, pasukan tentera dari Turki akan datang ke Jazirah Arab. Mereka datang ntuk menakluki tanah-tanah Jazirah, deorang tu bunuh pemimpin-pemimpinnye dan kuasai daerahnye. Cam kat Palastin tu laaa…lagi dasyat kot?
Dalam keadaan dunia buruk dan kacau tu, tetiba muncullah Imam Mahdi. Beliau datang ntuk meneruskan atau menyambung perjuangan datuknye, Nabi Muhammad S.A.W ntuk mengatasi kekalutan dan kekacauan yang dihadapi umat.

Semua makhluk yang ade dilangit dan diatas mukabumi ini merasa gembira dengan kedatangan Imam Mahdi tu.

Bila dikatakan makhluk! Maksudnye semua yang bernyawa tak kira tumbuha-tumbuhan, haiwan atau pun manusia.

Imam Mahdi tu adalah seorang lelaki yang soleh dari keluarga Rasulullah s.a.w. yang ade ketika itu (pada masa kemunculannya) nanti, dea diangkat orang jadi pemimpin, masa tu manusia di seluruh dunia dah jadi gitu buruk keadaannye.

Ade satu ceita tentang Imam Mahdi ni yang tak leh caya, ade kaba-kaba yang mengatakan, Imam Mahdi tu dah hidup beribu taun kat dunia, baru la dea di suwuh muncul sebagai Imam Mahdi, ceita cam ni tak betul lagi pun ade gak orang ngaku, kononnye dea lah Imam Mahdi. Tu sume bohong! Sebenanye Imam Mahdi tak kata dea tu Imam Mahdi dan dea tak suka disanjung dan dibesa-besakan.

Wallahualam.

Monday, August 16, 2010

Kes buang bayi

Salam,

Diam tak diam dah seminggu kita menjalani ibadah puasa, cepat sungguh masa berlalu.

Skarang ni rata-rata orang siiiibuk cakap pasal buang bayi, nekwan pun nak tumpang sekaki, hal gini cam dah tak heran lagi, cam buang sampah di tong sampah jeee, sian! Makhluk ciptaan Allah dipersia-sia kan oleh insan yang tak bertanggung jawab, hanya kerana dorongan syaitan melalui gelora nafsu adam dan hawa! Sape yang patut disalahkan? Pada pandangan nekwan yang tak sekolah ni… sume pihak dan sume orang patut dipertanggung jawabkan! Temasuk la nekwan skali!

Kesilapan Ibubapa dalam memberi didikan dan teguran serta displin yang baik tidak mencukupi, sebabnye, terlalu mencari kekayaan dunia dan tak de masa ntuk anak atau memberi kasih sayang yang diluar batasan tak bertempat… sibuk ngan aktivitie kehidupan harian hingga lupa member didikan agama kapada anak yang diamanahkan Allah pada kita. Dan ade gak makbapak yang kurang ilmu bekata: “ lum masanye nak didik cara ni…! Dea kecik lagi tak tau apepe pun!” Arrr… nak tunggu sampai anak boleh paham? dan dah boleh becakap!? Kalau dah boleh becakap anak pun dah pandai menjawab! Ahaaa… terkedu makbapak bila anaknye menjawab teguran ibubapa… sape salah? Didikan bermula dari dalam kandungan, bukan nak tunggu sampai dea besa dan faham! Masa tu takut dah terlewat…

Anak-anak yang engkar dengan teguran dan nasihat ibubapak, bila diberi teguran yang panjang! dea kata: “mak ni beletee je! Tak leh tengok orang senang lah!” Angkat kaki terus kelua… tengahmalam buta hamper nak dinihari baru balik, kononnye released tension! bila dah buncit! Takut pulak makbapa marah! Lari sembunyi diri dan tak balik-balik sampai dah pam cet! Pas tu nak wat cam ne? yang punya angkara dah lepaskan diri! Sape yang tanggung malu? Dan sape yang nak pikul beban tu? Bukan senang nak buat report merepot nih! ambik statement dan cam macam lagi.. anti satu dunia tau, mentelah lagi makbapak tau, Kalau tak kena pukul setengah mati pun! Terima lah leteran sepanjang hayat kot? Jadi… Yang paling senang buang jee… cuci tangan dah selesai masaalah. Kalau tak serik buat lagi pas tu buang! Cam buang tissue lap tangan ditepi jalan. Masa ni memang tak de masaalah… Tungguuuuuu balasan dari Allah.

Masyarakat sekeliling dan jiran tetangga pun main peranan penting gak! Jangan buat buat tak tau atau butakan mata jeee, kalau tak leh bawak bebincang ngan si pemangsa! Anta pihak yang lebih arif ntuk tolong deorang nih! Pas tu! Jangan la jadi internet begerak pulak! Gi pukul canang serata tempat, kononye awak tu dah buat sesuatu yang baik! Arrr… abeh pahla kebajikkan… di gantikan ngan dosa pulak! Ni pun satu masaalah beasa gak! Sebab-sebabnye simalang tak berani tampil kedepan! membuang bayi merata tempat. Sebab takut kena caci dan dihina, Masaalah yang paling utama orang kita suka jaga keburukkan orang lain dan suka tunjuk pandai… cam kata pepatah orang tua-tua dulu” bodoh tak leh diaja.. cerdek tak leh di ikut”

Pada pihak-pihak yang bewajib pulak! Kalau ade kes-kes cam ni datang wat repot! Tok sah lah banyak soal siasat, sampaikan yang tak berkenaan pun nak tau... dan jangan lah becakap yang boleh mebuatkan simalang terasa hati! Kongsi masaalah ngan deorang nih! Tunjuk simpati dan offer pertolongan atau beri semangat, bukan mencaci, menyindir dan tak mempedulikannye… ambik laporan statement di bilik khas yang terlindung dari pendengaran dan pandangan orang lain. Nekwan tak bemaksud menuduh sume pegawai begitu, tapi memang ade gak yang tak hormat ngan perasaan orang lain.

Keputusannye, perkara ni memang susah nak dibendung, remaja sekarang dah tak segan silu dan tidak menghargai maruah mereka sendiri. Agaknye, nilah tanda-tanda kecil akan munculnye Imam Mahdi. Bila kezaliman dan zina dan rasuah berleluasa… manusia sudah tidak mementingkan hidup bermasyarakat, mereka lebih banyak menyendiri, mereka mengejar kebendaan, kuasa dan kemewahan, sanggup menjual darah daging dan maruah sendiri demi pangkat dan harta.

Mengikut buku nekwan baca Menunggu Kedatangan Imam Mahdi:
Tanda-tanda dah dekat kedatangan Imam Mahdi. Banyak terjadi peperangan dan banyak pula bala bencana dan masa tu jugak banyak belaku peperangan dan bunuh membunuh, orang berbunuhan kerana masaalah remeh temeh, berbunuhan antara satu kumpulan ngan satu kumpulan dan satu Negara ngan satu Negara yang lain, gempa bumi, letusan gunung berapi, angin puting beliong, banje, tanah runtuh dan cam macam lagi, penyakit menular memacam jenis penyakit dan orang pun berpenyakit.

Penyakit pulak! penyakit yang tak penah kita dengan dulunye, kencing tikus laa, selsema babi laa, selsema burung laa, aid laa, HIV laa, HINI laa.. adoiii! Nama penyakit pun glame-galme, orang yang berpenyakit tu… cam tak cukup akal… buang bayi, hilang maruah diri, hilang pertimbangan, tegor siket… sanggup bunuh orang… arr ni sume penyakit otak! Ransangan syaitan kerana kurang iman dan dada kosong! Cam umah tak de tiang! Roboh laa… manusia hilang pertimbangan sebab tak de pengangan…

Wallahualam


Arrrrr.... tengok!! nekwan kalau dah becakap! dah tak leh benti dah!! merapu ntah mane benua nekwan dah gi! he he he....

Friday, August 13, 2010

Qada puasa dan ziarah yang tua

Salam,

Ape khabar anak cucu nekwan sume! Cam ne puasa kita taun ni? Masuk ari nih dah 3 hari kita puasa… arrr… kejap jee kan?
Harap-harap cucu-cucu nekwan yang baru belaja puasa tu kena lengkapkan sehari yerk? Kalau mane yang dah akhir baligh tu kena buat! Jangan ade yang tercicir, nanti kena qada’ dan kena baya fidyah pulak! Kalau dah akhir baligh… dosa dah kira satu dah tak de seteng-seteng lagi tau! He he he.. setengah-setengah laa tuuu… dosa penuh yooo… jangan ngelat ye?

Cakap pasal fidyah puasa ni, sesape yang dah tertinggal puasa taun lepas dan masih belum di qada’ lagi, kena lah baya fidyah! Satu hari dendanyeee 1 cupak beras atau gandum nisbahnye sama ngan RM1.20. Kalau 2 hari… kali lah ngan 2 jadinye RM2.40, kalau taun ni tak jugak qada puasa yang tetinggal taun lepas… masuk taun depan fidyahnye beganda…satu hari utang fidyah puasa jadi 2… arrr… jangan tangguh-tangguh ! nanti berat nak baya fidyahnye, puasa tetap sama… tinggal sehari baya sehari, fidyahnyee tu yang beganda… cam pinjam duit kat bank laaa… pinjam seringget tetap seringget gak tapi interestnyee berganda.

Pesan nekwan pada anak cucu sekelian, jangan rengan-rengan kan hukum Allah, takut nanti umo kita tak panjang sampai ketua… berutang kita ngan Allah! Di akhirat nanti akan di hisab dan ditanya! arrr... siksa nak menjawabnyee, lagi satu tapak kita nak melangkah kesyurga… kena sekatan jalan raya… sbb tak baya fidyah! He he he.. ni cakap nekwan jeee… hal yang sebena nyee kena Tanya ustaz!

Di bulan yang bahagia nih! Penuhkanlah malam-malam Ramadhan ni dengan amalan-amalan yang baik-baik supaya mendapat keredhaan Allah s.w t selain dari mengerjakan solat teraweh jangan lupa ibu bapa kita yang telah tua dan tak de sapa yang mempedulikan mereka, pada yang ramai keluarga tu invite-invite laa yang terpingger tu ntuk buka puasa bersama, kongsikan kegembiraan dan nikmat berkeluarga pada mereka yang tiada…

Dari pandanngan dan pengetahuan nekwan ade diantara deorang ni tak de anak atau anak tak pedulikan mereka, deorang Cuma jaga keluarga deorang jee… kesian! Warge emas yang dok sorang diri tidak di ziarahi oleh anak-anak deorang… terbuang sorang diri… berbuka puasa ngan air mata, sedeh! Mengenangkan nasib deorang nih! Nekwan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana anak cucu dan menantu nekwan masih sayang pada nekwan, mereka datang ziarah nekwan dari sejak malam 1Ramdahan, nekwan rasa sungguh gembira… ngan pekikan cucu-cuc nekwan yang dua orang tuh! Kekadang pening pale gak melayan kerenah dak bedua nih!.. itu lah kenikmatan bekeluarga… terasa kita di perlukan dan ujud dalam hidup mereka…

Doa nekwan ntuk sume anak cucu nekwan yang taat pada ibubapa, semoga Allah rahmati dan mendapat kebahgian dari dunia hingga keakhirat, Aaamiiin ya rabul 'alamin
tak kiralah! Ibubapa sendiri ke… mentua taya kee… mak tiri ke… mak angkat ke… apepe jee laaa, asal orang tua yang di panggil ibu atau ayah! Mereka tu cam ibu bapa kita gak!

Hormati orang tua, jika kita mau anak-anak kita menghormati kita bila kita dah tua nanti! Tunjukkan contoh yang baik pada anak-anak kita yang baru nak membesa, itu bererti kita menyemaikan perasaan dan perlakuan yang baik ntuk anak-anak kita bila kita tua nanti.

Wallahualam.

Sunday, August 8, 2010

Resepi rendang

Salam,

3hari lagi kita akan mula bepuasa… masa ni mengingatkan nekwan semasa nekwan masih kanak-kanak lagi, bila esok nak puasa… ari ni sibuk tok dan wan tangkap ayam nak wat rending ntuk besahor nanti.. hari petama puasa memang meriah, bila sahor je kul 3, 4pagi tu seluruh kampong riuh di buatnye ngan jeritan bebudak muda ‘sahoooo! sahooo! Deorang jerit tak henti sampai kul 4.30pg… bila dah ramai umah terang benderang ngan cahaya api lampu baru mereka berhenti, masa tu kampong baru kuala lumpo tu masih lagi pakai lampu pelita, kebait atau lampu gaslin…ikut kemampuan …dan tak ramai yang ade air paip, kebanyakkanye air perigi.

Sepanjang bulan Ramadhan tu banyak jaudah yang di beri oleh jiran tetangga sewaktu nak bebuka… saling bertukar juadah, sampai tak termakan-makan hingga waktu saho pun masih ade… tu lain pula yang di bawa pulang dari masjid atau surau… bulan puasa ni ..memang mewah dengan rezeki yang Allah kurniakan, lebih-lebih lagi ntuk anak-anak yang baru nak belaja puasa, deorang ni menunggu-nunggukan masa berbuka begini… pada masa tu bukan semua orang melayu cam skarang nih! hidup mewah ape nak pun senang dapat! Dulu… kalau tak raya atau puasa… susah nak makan ayam atau daging, cuma rumah orang kenduri kawin jee.. baru dapat makan daging, jadi… nikmat tu amat dirasai oleh anak-anak zaman tu!

Bila sampai waktu nak bebuka… si mamat jual air batu pun sibuk laaa ngan locing basikat dea… kring…kring.. kring… sepanjang jalan masuk kampung sambil jerit “Air batu! Air batu!.. nekwan dan sepupu nelwan pun belari kejar si mamat air batu tu, sambil ulur duit 20sen dan bawak balik seketul air batu sepanjang lengan lebih kurang 5,6 kati beratnya, berbalut ngan abuk kayu jee.. naik kebas tangan memegangnye, bukan ade surat kaba atau daun membalut air batu tu…plasti! Tak penah nampak dan tak tau pun!

Cam tu lah kemeriah zaman nekwan dulu, walaupun tak hidup senang dan mewah cam skang ni! Tapi kenikmatan dan keseronokkan itu tetap terasa.

Ni nak kongsi resepi keluarga Rendang Nekwan:

5,6 batang cili kering.
20biji cili padi. (kalau tak suka pedas boleh kurangkan)
6 batang serai (3batang dititik).
I inci halia.
5.6 ulas bawang putih. (Semua bahan ini dikisar)
½ kg santan
1biji kelapa di buat kerisik.
1kg daging.
2 helai daun kunyit atau 5 helai daun limau purut.

Daging dipotong ikut suka bersegi atau memanjang, gaulkan dengan bahan-bahan yang dikisar tadi berserta kunyi serbuk, boleh juga guna kunyit hidup sebesar ibu jari tangan, perap ngan api yang perlahan.

Bila daging sudah kecut, masukkan santan, didihkan dengan api yang sederhana, bila kuah dah nak hampir kering ¾ masak masukkan keresik dan garam, akhir sekali masukkan daun kunyit atau daun limau purut.

Ini nekwan pange rending raya, tak memerlukan minyak dan tahan lama, kalau rendang biasa gunakan 1 cawan minyak ntuk menumis dan sedikit kulit manis, tumis bahan-bahan yang dikisar. Itu je bezanya. Rending raya ni kering! Takde kuah kalau rending biasa nih! Basah sikit.

Selamat mencuba

Wednesday, August 4, 2010

bijak membeli..

Salam,

Sempena nak nyambut Ramadhan ni, mesti ramai yang sibuk buat persiapan ntuk berpuasa… yang nak bersedekah…. yang nak bekenduri… dan yang paling sibuk skali nak wat persiapan raya… ahhahahahaha… bagus! bagus! Perancangan tu penting! kalau nak wat apepun, mesti melibatkan pembelian, arrr… bijak membeli atau alah membeli menang memakai, tu kata bidalan orang tua-tua dulu.
Kebanyakkan pembeli, memandang dari segi harge dulu yang lain tak kisah sangat… ni pengalaman teman nekwan, dah beli bawak balik! Baru tau expire date dah luput! Arr acamane tu?

Ni nekwan nak ingatkan! Masa memilih barang tuuuu… pastikan! Isi kandungan dan berat bersih dan harge bersesuaian, jangan nampak murah je dari harge biasa terus ambik masuk troly! Teliti dulu jumlah berat kandunganannye, berape gm, kg, ml.
Contoh! Cam baru-baru ni… nekwan gi pasaraya beli barang dapo, Nampak susu tepung yang berkalsium, wah! Murahnye… harge biasa RM39 paling murah masa promosi RM 34, kali ni hargenye RM31 je, meeemang murah! Dea tulis lagi per customer 3 packs ni sungguh menyakinkan barang tu memang murah! Tapi bila nekwan tengok isi berat bersihnyee… 1kg saje…. Patutlah murah! Biasanyeee 1.2kg! manenye yang murah kalau nak dikira lebih mahal lagi! Tertipu kita dengan taktik marketing plan deorang.
Ni lagi satu contoh! Supplement Evening primrose oil, RM38.00, 30biji, 1000ml, minyak E.P nye saja 600ml dan satu botol lagi, isi sama harge RM34.90, 500ml, minyak E.P nyeee 200ml jeer cuba kira yang mane satu lebih murah! Ade pembeli yang kurang arif, depa men ambik jaa, asalkan namenye Evening Primrose Oil! Bantai jee, dah makan berbulan depa kata “ tak baguih aar… aku dah makan.. tak da beza apa pun!” arrr… tu nak wat cammane tu?.

Lagi satu pasal kueh raya laa pulok! Pembeli mesti bijak! Jangan tengok pada harge saja… sbb dalam harge ni la banyak yang tertipu, tengok pada perbandingan nih! Satu balang 50keping RM25.00 Wow! Murahnyeee… cepat order! Bila makan… rasanyeee…. No comment, yang lagi satu… 48keping RM30.00 rasanye.. boleh di terima oleh pembeli… mengikut cita rasa sesaorang.. disini nekwan nak bagi tauu… pembelian dalam gram lebih baik dari kiraan biji atau keeping , terserah atas kebijaksanaan pembeli.
Terutama sekali berhatai-hati dengan jualan promosi, lihat pada tarikh luput dan pereksa dengan teliti kualiti barang yang nak di beli… kalau pakaian… kena selalu servay harge dipasaran dan mesti tau jenis kain, tak susah nak tau jenis kain… banyak sikit kepo atau Tanya ngan juru jual/promotenye, beli baju siap yang paling baik bagi mereka yang tak tau menjahit, kalau anta tailor… ade camacam masaalah! Kain tak cukuplaaa…lain yang di tempah lain pulak yang jadiknyee… dah laa tu! Mahal pulak! Kalau tak salah nekwan sekang ni tempah sepasang baju kurung RM70.00 kalau anta kat umah nyeer RM35 sekurang-kurang nye, tu baju kurung bodoh jee.. eh heee … maksud nekwan baju kurung biasa laa… tak de piping dan lining, kalau kain yang susah nak jait tu lagi mahal.

Apepe pun… terpulang pada yang punya diri kalau mampu sekali pun jangan sekali-kali membazir, fikirkanlah! Ade insan di atas muka bumi ini yang tiada makan dan kelaparan mentelah lagi nak berpakaian cantek! Ntuk menutup aurat dengan sempurna pun mereka tidak berkemampuan, fikirkanlah! Pakaian-pakain dan harta yang telah terkumpul, jika tidak di pakai dan dimenafaat kan kejalan Allah, jangan biakan ia di makan bubok didalam almari, segala yang dikurniakan Allah diatas muka bumi ini sudah tertulis rezeki siapa… Maka bersedekah lah! Supaya kita tidak menjawab di akhirat nanti!

Wallahualam

Sedekahkan pakaian-pakaian yang elok dan tidak di pakai kepada kereka yang memerlukan.

Sunday, August 1, 2010

Ditipu dan tertipu

Salam

Dunia sibuk ngan penipuan disana… sini… kalau kita tak tipu orang! Orang tipu kita, camacam penipuan … menipu harta benda orang, menipu dalam perniagaan dan perkongsian perniagaan, menipu dan mempermainkan perasaan orang, menipu dan mungkir janji…dan banyak lagi cara penipuan yang berusur kepentingan dan keuntungan.

Ape ikhtiar ntuk mengelakkan diri kita dari kena tipu? Senang ajeee… jangan ade sifat tamak dalam diri kita dan sifat petingan diri sendiri, selain tu! Jangan mudah percaya dengan mulut yang manis tanpa ade apepe perjanjian yang sah dan bertulis!

Kelemahan orang-orang kita! Cepat percaya ngan janji-janji mulut jeee… zaman ni janji mulut dah tak leh pakai lagii… kena ade aggrement letter yang boleh dibawa ketengah! Tu baru save! Tu pun ade gak yang bersifat belut! Yang pandai keleceh! Maksud nekwan! mengelat la tu… orang cam ni tak penah senang idupnyeee…

Penipuan yang paling banyak! Dalam perniagaan… penipu dari segi timbangan, kualiti barang, harge, lebih-lebih lagii kalau ade promosi! Contohnye…Beli satu percume satu, harge terendah discount #@#% tu sume helah jee! Lagi-lagi yang kerap sangat ade sales, hati-hati jadi pembeli dan penguna, selidik siasat dulu sebelum membeli dan jangan ikut mata, hati dan nafsu! Berfikir sebelum terjebak dalam penipuan.

Menipu perasaan ngan pujuk rayu lelaki asing, yang kini sibuk diperkatakan ngan lelaki lombok dan afrika, nekwan tak salahkan deorang! Sebab deorang ni UMPAMA HELANG yang datang nak menyambar anak ayam peliharaan kita ntuk dijadikan mangsa… jadi! Cammane nak selamatkan diri? Tak kan larat kita nak menghalau helang setiap kali dea datang menyerang? Sanggup ke? Atau mampu ke nak buat gitu? Arrr… kita kena lah kawal dan kurung ntuk keselamatkan anak ayam peliharaan kita, walau dengan ape cara skali pun!

Dengan hal yang demikian, kita berbalik kepada ajaran agama dan sunat Rasulullah s.a.w. ah haaa… ni nekwan nak cakap bab agama lah pulok?! Walaupun ilmu tak setakad mane punnnn… Booleh lah bagi tau sikit-sikit setakat yang nekwan tau… selainye kita serahkan pada pentafsiran dan pertimbangan akal fikiran kita sendiri atau pun merujuk pada yang arif.
Dalam sifat insan… adam dan hawa yang Allah kurniakan dengan penuh kesempurnaan, kecantikkan, kelembutan dan keunikan yang menghairahkan dari hujung pale sampai ke hujung kaki, mata adalah penyuluh yang paling kreatif menilai sesuatu yang di lihat, peranan mata sangat besar…

Bila pandangan mata bertentangan antara adam dan hawa… akan terbit suatu kuasa yang boleh melemahkan atau menakutkan dan mata mampu membaca serta memahami isi hati setiap insan yang berhadapan dengannya, kuasa mata boleh menundukkan sesaorang.. kuasa mata juga boleh menceritakan ape yang terkandung dihati sanubari insan, lebih-lebih lagi dengan niat yang salah, syaitan berkuasa dimata dan di hati jika kurang pegangan…

Maka dengan itu Islam melarang kepada anak adam yang bukan muhrim duduk berduaan dan bertentangan mata atau menatap wajah pasangan yang berhadapan dengan mereka sehingga boleh menimbulkan perasaan keghairahan dan mendorong kearah maksiat! Ape tah lagiiii..kalau pemuda Lombok tu memang datang dengan tujuan yang jahat! Mereka datang ntuk mencari kepentingan dan kesenangan diri sendiri dengan mempergunakan wanita-wanita dan anak gadis kita, kerana mereka tau dimana kelemahan kita.

Kelemahan wanita dan anak gadis kita, adalah kerana kurang mendapat kasih sayang dan perhatian serta kesunyian, pengalaman lampau juga membuat mereka lebih ingin pergi kepada orang asing, sebab orang asing ni ayat deorang power… boleh lentok abissss dan kaum hawa pulak! Bila kena puji… mudah cair cam lilin kena baka… si sang helang pulak bila nengok anak ayam dah lentok liuk! Pe lagi terus bawak serkap, tangkap masuk sangka bawak balik ke Lombok! jadi hamba…

Kalau difikirkan… ape kurang kaum adam di Negara kita ini? Sehingga kaum hawa tertarik dengan orang luar? Jawabnye seperti yang nekwan nyatakan di atas tadi! Telah terpukau dengan kuasa mata yang mana syaitan bertenggek! menggamit iman dan menghairahkan nafsu, kalau si Lombok tu hodoh cam mane pun … Nampak handsome gak! Ade yang tak leh tido malam resah gelisah kalau tak jumpa… tak kuat iman! Lari bawak bungkus! Ahak.. hak… maafkan nekwan… bukan nak kondem! Tapi rasa kecewa dengan ape yang berlaku… sewenang-wenangnye saje kaum hawa Negara kita tertipu dan ditipu.