Monday, April 22, 2013

Jom! Memborong di Nekwan Store.

Jualan sempena menyambut Hari Raya tahun ini Nekwan Store memberi potongan harga dengan jumlah belian sebanyak RM300.00 Dan hadiah-hadiah percuma menanti anda.
Nekwan Store menyediakan tukang jahit untuk tempahan hari raya yang akan datang ini. 

Baju kurung          RM45.00 - RM70.00
Baju Maxi             RM45.00 - RM70.00 
Langsir biasa         RM02.50 skp

Harga tempahan bergantung pada jenis kain dan fesyen.
Tempahan di tutup pada 30June 2013.
Sila hubungi kami 016-3158487 untuk pertanyaan selanjutnya.  

Saturday, March 23, 2013

Nenas Batu Ubat Batu Karang

Nenas Batu yang ditanam dalam pasu dan bertangkai lebih kurang 18 inci dari pangkal pokoknya, buahnya hanya sebesar genggaman bayi yang baru lahir, atau lebih jelas, besar sidiket dari ibu jari kaki manusia.
Khasiatnya, baik untuk orang yang mengidap penyakit Batu Karang, nenas batu ini bila sudah cukup matang baru boleh dipetik dan dibuang jambulnya dan rumbai2nya yang seperti rambutan tu! kemudian rebus sampai lembut tanpa membuang kulitnya dan makanlah serta minum airnya, In Shaa Allah dengan izin-Nya akan beransur pulilh.    

Yang ini masih muda lagi, memang keras macam batu.   
Yang ni dah cukup matang, dah boleh dipetik, lihat! jambulnya lebih besar dari buah. jambulnya ini boleh ditanam semula. tempoh matangnya mengambil masa beberapa bulan. dan warnanya pun keputihan

Friday, March 22, 2013

Tempahan Baju Kurung dan Baju Melayu.

Nekwan Store menerima tempahan-tempahan baju kurung, baju melayu, selendang dan langsir dalam bentuk pukal maupun persendirian.
Harga yang amat berpatutan bagi setiap sepasang RM40.00 ke atas, bergantung pada jenis kain dan fesyen atau pun berlining. yang berminat, sila hubungi 016-3158487 atau datang sendiri ke Nekwan Store Lot 2-G-26F, Wisma Rampai Jalan 34/26, 53300 K L.
Untuk lebih mudah, Nekwan Store berhampiran dengan Jabatan Imigresen Wangsa Maju dan Restoran Ali Maju Cafe. Berhadapan jalan besar Taman Sri Rampai.

Wednesday, February 20, 2013

Halaqah Progran TV9.

Sambutan hangat dari para hadirin penduduk Wangsa Maju dan dari luar kawasan Wangsa Maju, dalam Program Halaqah yang dibuat secara lansung dari Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju Kuala Lumpur

TV9 Dekat dihati. 
Penceramah dari TV9



Wednesday, February 13, 2013

Thai Farm, Hulu Langat.

Thai Farm Restoran yang beroperasi dalam kawasan terpencil daerah hutan Hulu langat. 8 kilometer dari pekan Hulu Langat, Restoran yang menyediakan makanan segar seperti sayuran yang dipetik dari kebun sayur hasil tanian restoran itu sendiri, dan ikan dari kolam ternakan mereka sendiri.

Reka bentuk restoran tradisi Thai dan masakan resepi Thai.
Dibawah pentas terapong ini dipenuhi dengan ikan Red Talapia. 

Pentas terapong ini khas untuk waktu malam, Siang panas sbb tak de bumbung.
Lihat ikan segar, pilih saja yang mane nak dijadikan lauk, Goreng, kukus, tomyam, order saja.

Wah! ni sape pulak ni? anak toke tu kot!
He he he he.... Ooooo..En.Sani dengan Putri tunggalnya.

Jemputan Marhaban di Kg. Datuk Mufti Shuib, Ampang.

Ribuan terima kasih kepada tuan rumah Puan Zariah yang menjemput kami kumpulan Muslimah masjid Al- Muttaqin, kerumahnya untuk meryempurnakan majlis berzanji dan selawat sempena menyambut cucu  lelakinya yang berusia 10 hari. Tahniah! untuk Pn Zariah yang baru menerima orang baru...   


 Tengoklah! Cek kak kita ni, menyuap makan sampai meloponggggg!!! nampak ape tu Nolyyyy? ayam golek ke?

 Cek Kak yang ni pulak! slow and steadyyy jeeeerrr...

Datin2 kita ni tengah tunggu lemo... pemandunya lambat bangun tido kot! tak sampai2 lagiii..

Saturday, December 8, 2012

Majlis Berendoi di Rumah Puan Fadilah Wangsa Maju Sek, 4

Lebih kurang dua puluh ahli muslimah yang hadir di rumah Puan Fadilah, bagi menyempurnakan undangan
jemputan dari Puan Fadilah untuk majlis berendoi cucunya di rumahnya disini pagi tadi. Kami seluruh anggota muslimah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Puan mengundang kami ke majlis tersebut. Semoga Allah merahmati dan berkati puan seisi keluarga dan dipermudahkan segala urusan Puan didunia dan di akhirat. Amin!







Mengunting rambut bayi sambil berselawat. dan diperhatikan oleh ibunya dengan wajah yang ceria,